Wednesday, August 27, 2008

Selangkau Ke Alam Misterius

Kami telah sepakat pada malam itu. Aku, Zaki, Mat, Nasir dan Deris sebulat suara mahu menonton VCD cerita horor melayu bertajuk Momok. Cerita ini memang tengah hot di kampus kami pada ketika itu. Jadi sebagai penuntut Melayu yang berdaya saing maka kami juga tidak mahu ketinggalan dan dianggap tidak peka dengan isu-isu lokal.

Zaki berbesar hati untuk menjadi tuan rumah (dibaca bilik) pada malam itu. Bilik Zaki di tingkat 4, iaitu tingkat paling atas blok bangunan tempat para penuntut ditempatkan. Aku, Mat, Nasir dan Deris berkerumun dihadapan komputer milik Zaki yang sudah separuh usia itu. Tingkap bilik sengaja dibiarkan terbuka.

Ritual menonton VCD tersebut pun bermula. Tumpuan masing-masing tidak beralih dari skrin komputer. Kusyuk. Babak bertukar babak. Dipertengahan cerita tiba-tiba ruang rongga hidung aku terbau sesuatu yang harum semerbak (mungkin hanya khayalan). Tanpa segan silu dan teragak-agak aku memandang Deris sambil berkata " Bau apa ni?..wangi". Tiada sebarang respon dari Deris mahupun mereka yang lain. Masing-masing tidak mengendahkan pertanyaan aku dan meneruskan ritual menonton VCD seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Aku terlupa bahawasanya mengikut pantang larang orang-orang tua, kalau terlihat atau terbau sesuatu yang aneh di malam hari usah ditegur atau ditanyakan. Pura-pura ianya tidak berlaku. Itu yang selalu dipesan mereka.

Seusai ritual malam itu aku bertanya kepada Deris kembali. Dia juga sama seperti aku tadi, terbau bauan semerbak itu. Walaubagaimanapun kami sebagai anak-anak muda zaman millenium ini cuba menjustifykan kejadian tersebut mengikut ilmu logik. "Bau pokok tu. Memang ada yang berbau macam tu". Mungkin kebetulan pokok itu mengeluarkan bau pada malam itu sahaja, dan secara kebetulan pula kami menonton cerita seram melayu yang sangat horor itu. Malam itu aku tidur di bilik Zaki. Bukan takut tetapi sekadar tidak mahu mengambil sebarang risiko atau kemungkinan yang mungkin timbul (alasan).

Tuesday, August 26, 2008

Merdekakan Bendera Kita

Di kawasan tempat letak kereta , seorang pemuda sedang berjalan menuju ke kereta.

Izaka

"La... mane pegi kunci kereta nih, tadi aku rase ade dalam poket nih. Adeh."

"Kene naik atas balik. Hurm.. Nasib baik ade kotak pengangkut, tak payah naik tangga. Tapi leceh betol la. Nak mengadap Makcik Suraya tu balik."

Izaka sedang menyeluk-nyeluk saku seluar dan baju. Susup-sasap tangan kiri kanannya meraba saku.

Izaka

"Dah la tadi die perli-perli aku pasal tak beli bendera kat die. Eleh setakat jual bendera mase bukan Ogos je tak payah la."

"Jalur gemilang pun tak pernah dengar. Jual bendera je boleh harap."

Izaka sedang menekan butang kotak pengangkut, matanya memandang kearah penanda aras di mana kotak pengangkut itu berada.

Izaka

"Lagi satu bukan aku tanak beli, setiap kali merdeka mesti Pakcik Hisham akan bagi bendera percuma kat aku sebab aku nih salah sorang kawan anak dia."

"Kire boleh la kan, ade bendera juga."

"Tapi aku pelik jugak apsal Kus tu sendiri tak amik pasang bendera kat moto die macam yg Pakcik Hisham ajarkan pada kami semua (kawan-kawan Kus)."

Sedang kotak pengangkut bergerak menuju ke atas. Izaka sempat melihat jam tangannya yang menunjukkan lagi suku jam sepuluh pagi.

Izaka

"Hari ini hari Jumaat, lepas sembahyang Jumaat kang, Zairi lak menikah. Kene pergi jugak nih. Tengoklah macam mana karang."

Izaka seorang pegawai permasaran di syarikat swasta yang menghasilkan bahan-bahan bacaan berupa novel serta bacaan ilmiah. Baru sahaja tiga bulan bertukar kerjaya walaupun masih di dalam persekitaran yang sama.

Sebelum ini Izaka merupakan seorang pegawai permasaran sebuah syarikat yang menerbitkan suratkhabar golongan minoriti. Letih juga apabila diasak dengan soalan-soalan diluar tataruang pengetahuannya. Bukan mudah menjadi duta kecil bagi pihak minoriti, apa yang Izaka mampu lakukan, hanya menerangkan tentang apa yang dia tahu.

Itu lah yang sering terjadi bila kawan sesekolah berkumpul. Bagi Izaka lebih elok diasak dengaan soalan-soalan begini. Terisi juga dengan fakta-fakta. Dari melayan gosip yang sangatlah entah apa-apa entah.

Izaka

"Huh!.. menyampah.."

Dari jauh Izaka dapat melihat Makcik Suraya kelihatan sedang membelek dan membetulkan bendera jualannya.

Izaka

"Adeh. Buat-buat tak nampak… buat bodoh je.."

Izaka dalam perjalanan menuju meja kerja sambil tangan meneliti pesanan melalui talifon tangan yang baru di terima.

Weh, malam nanti marilah meluang kan masa bersama kami. Jam 10 malam di kedai tomyan rumah engkau.

Pesanan itu dari Reon, kawan rapat sejak sekolah rendah lagi,

Haik, laki orang nih, bini dia tak rantai kaki ke? Boleh lak ajak lepak memalam.

Izaka membalas pesanan.

Aku lambat sket, mungkin jam 10.30 malam baru sampai.

Di hentian pam minyak di pinggir Kuala Lumpur, tuan kereta sedang memadankan sebuah bendera kecil pada keretanya, diacu-acu pada setiap sudut kereta. Tetapi masih belum menunjukkan faktor – X.

Pemuda tersebut menyeluk saku seluar, dan meneliti khidmat pesanan ringkasnya, sambil mendengus sendirian,

Reon

"Eleh lambat sket konon, bukan aku tak tahu, orang tua nih nak g lepak Bangi la tu, mentang-mentang la gadis manis die ade kat sane. Hesh merenyam betol.."

Jam 4 petang di tempat letak kereta bangunan pejabat.

Reon

"Nah Zaman, ini Pakcik Hisham bagi aku, macam biasa. Seperti tahun-tahun lepas. Aku selisih dengan dia tadi mase lampu isyarat warna merah, boleh die hulurkan bendera nih dari tingkap kereta je, ahaha .."

Zaman tersenyum dan terus membuka plastik bendera dan terus melekatkan bendera pemberian Pakcik Hisham pada hujung bahagian keretanya.

Zaman

"Macam mana hasil ini hari?"

Reon

"Seakan cuaca tidak berubah, mane ade orang nak beli mesin penyalincetak skang, orang sibuk guna surat karan nak hantar maklumat."

Mereka berdua pantas memandang antara satu sama lain, dan tergelak ..

Reon

"Malam nanti lepak kawasan Izaka, sekitar jam 10, nanti ko bagitau Kus, lame aku tak jumpe die, dah panjang giler rambut kot."

Zaman

"Ko tak tanye kat Pakcik Hisham tadi ke? Mase amik bendera."

Reon

"Mane sempat beb…"

"Kesian Pakcik Hisham, mula Ogos je sibuk die bagi bendera kat kita, Kus lak, langsung tak amik berlabuh. Patut die la kene sokong . Dah name anak kan.."

Zaman

"Huh! Ko tanye la die sendiri. Dia ada jawapan yang kental untuk tidak begitu."

Reon

"Ahh!.. berontak la tu."

Mereka sekali lagi memecah ketawa bersama sambil berjalan menuju ke pejabat sebelum berangkat pulang. Begitulah keadaan mereka berdua yang merupakan rakan sekelas sejak sekolah menengah dan baru-baru ini menjadi rakan sepejabat, di sebuah syarikat swasta menjual dan memberi perkhidmatan semasa peralatan menyalincetak.

Jam 10 malam, kedai tomyam sekitar Jalan Klang Lama Batu 6 ½.

Izaka

"Kopi ais satu. Ko?"

Kus

"Sama.."

Jawapan bernada rata diiringi pandangan mata.

Izaka

"Jangan pandang lelebih beb, sangkot kang susah, budak Siam tuh."

Teguran Izaka memberhentikan ekoran pandangan mata Kus pada budak pelayan kedai tomyam.

Izaka

"Tapi boleh tahan jugak beb. Manis lembut. Pergh…"

Kus

(mencemik bibir..)

Izaka menyedut air beberapa kali, kasar pergerakkan haluknya. Sementara Kus sedang melipat kertas tisu dan diletakkan pada bawah cawan, seperti biasa. Entah dari budaya mana yang dicedoknya.

Izaka

"Kenape ko tak pasang bendera kat moto ko? Bukan ke tetiap Ogos bapak ko akan beri banyak bedera dan edar pada orang sekeliling termasuklah kami."

Kus yang sedang leka memakukan mata pada gadis Siam pelayan tadi yang sedang entah apa-apa entah di dapur, kebetulan meja mereka di tepi dapur.

Izaka

"Pergi la kasi no talifon, boleh jadi teman bual-bual ke ape ke."

Kus

"Cukuplah korang yang pasang, bendera tuh, aku dh lama cacahkan kat dalam ni." (tangan kanan menunjukkan di dada).

"Jugak kt sini." (jari telunjuk tangan kiri di kepala sebelah kiri)

Izaka

"Ala, sekurang-kurangnya meriah sket, tengok bendera sana sini."

Kus

"Bulan Ogos je kita merdeka..?"

Reon

"Weh, lama dah korang sampai."

Zaman menarik kerusi untuk duduk, Reon bersalaman dengan Izaka dan Kus.

Reon

"Nah Zat, tadi aku jumpe bapak Kus, die suruh sampaikan ini."

Izaka

"Ha ade tak Pakcik Hisham bagi lebih untuk aku, nak kasik kat anak anak die nih."

Kus senyum melayan.

Kus

"Dia suruh korang pasang bendera ni sepanjang tahun, bukan Ogos je. Aku rasa dia pon tertunggu-tunggu juga. Bile pula korang yg nak bagi bendera pada dia. Mungkin subsidi melampau boleh memakan kawan-kawan anaknya."

"Cik adik, kawan saya nak pesan makanan. Kemarilah.."

Zaman

"Reon, ko lapar tak, nak makan ape ek.. adeh, kabur aku nak makan ape."

Tiba-tiba Izaka melompat terperanjat. Air ais hasil peluhan dari kopi air mengalir dan meniti ke peha Izaka. Kus melihat-lihat kertas tisu yang diletakkan di bawah gelas minumannya. Tenang..

Reon dan Zaman gagak gempita melihat aksi persis kucing dijirus air.

Pelayan kedai tomyam membawa pesanan Reon dan Zaman, juga membawa kertas tisu dan menghulurkan pada Kus disusuri dengan jelingan sekain mersa di antara mereka.

Related Posts with Thumbnails