Tuesday, November 25, 2008

Selepas Ini

Sempena musim ‘kawen-kawen’ ni, aku pilih yang meletup untuk dikongsi dengan hgpa semua. Setuju atau tidak, ini artikel pensyarah muda tu..

- Anda bermadu dengan kereta / motornya.

- Dia seorang sports freak. Selepas kahwin, dia masih seorang sports freak; di depan televiyen.

- Kerana dia seorang sports freak, perutnya six-packed; ‘berpetak enam’. Selepas kahwin, perutnya berbonjol enam.

- Dia simpati bercampur takut mengenangkan anda harus lalui proses bersalin Tetapi selepas beranak satu, jadual bersalin anda sama padat dengan tempahan konsert Mawi .

- Sampai bila pun lelaki tak akan faham bahawa setiap wanita adalah Imelda Marcos dalam skala kecil.

- Keretanya berhabuk secuit, dia akan mandikan dengan penuh kasih mesra. Bilik air berkulat? Tahun depan pun boleh basuh…

- Baby, Darling dan Honey berganti dengan ‘’Woi’’ , ‘’Hmm…’’ dan ‘’Haa, maknya?’’.

- Berjaga malam untuk tengok bola tidaklah memenatkan seperti kena tukar lampin anak.

- Hanya waktu bersanding dia akan berbaju sedondon dengan anda. Selepas itu, kalau ada persamaan sikit pun dia akan berjalan jauh-jauh. Takut ada tauke ekspo minta main boria agaknya.

- Bertahun-tahun dia berdikari sebagai orang bujang dan bangga dengan hakikat itu. Selepas kahwin, ‘seluar kecil’nya anda basuh dan dia bangga dengan hakikat itu.

- Letaklah meriam di sebelah telinganya, dia tetap akan melingkar di katil. Tetapi cuba beritahu yang kawannya datang nak ajak tengok bola / memancing, dia akan bangkit segar-bugar.

- Jangan suruh dia buang sampah bila dia sedang menonton siaran langsung Formula One.

- Anda minta sedikit dana untuk ‘pengstrukturan semula’ badan anda di jimnasium. Dia suruh anda lari sahaja keliling rumah sambil menjunjung batu giling.

- Setiapkali melalui kedai emas / kedai beg tangan dengan anda, tiba-tiba dia ternampak ‘toyol dan hantu bungkus’. Sebaliknya, ada ‘bidadari’ melambai-lambai dari kedai gadget kegemarannya.

- Walau setinggi mana sayang dan hormatnya dia kepada ibu bapa anda, jangan sesekali bingkaikan potret mereka sebesar-besar alam dan letak pula di tepi katil.

- Dia mencintai dan menerima anda seadanya. (Tetapi Angelina Jolie tetap wanita paling gorgeous di dunia).




pesan aku: kanda kassim baba, dinda mahu pinjam satu gantang wang emas :)

Tuesday, November 11, 2008

Hari Pertama Di LEMU CECEK

Semalam bersamaan dengan 10 Nov 2008, hari Isnin minggu kedua bulan sebelas.
tarikh aku masuk kerja di lemu cecek. Sedar tak sedar dah hampir 1 tahun 1 bulan aku masuk bidang animasi. Walau dulu tak belajar animasi pon, ape boleh buat. Dah jalan aku ni mcm ni. Kat sini aku tukang bikin latar. Kire ok la, kalu nak masuk tukang bikin animasi, mau berbuih beb..sbb tahap penganimasian aku sangat rendah. Kalau nak dibanding kan dengan gang animasi di lemu cecek.

Ok la kan, janji ade keje, (keje yang boleh aku kayuh). Hampir 2 bulan seminggu berehat daripada bekerja dengan orang dan sibuk dengan projek sendiri, akhirnya aku sedar dana dalam saku menyusut. dengan projek sendiri yg belum membuah kan buah-buahan. Maka, kene la keje dengan orang balik.

Dah lama tak pegang FLASH, rase janggal sket. Apetah lagi versi flash di lemu cecek agak kedepan. Nak biasakan dengan sistem kerja disini, kenal orang2 baru. Semoga di lemu cecek aku dapat kompol dana untuk menampung projek sendiri yang akan akan datang dan semoga aku cepat handal bikin kerja di sini.

Dengan orang2 baru lemu cecek. Ok, diaorang sume boleh layan. Orang baru mcm aku nih kene la ringan mulut sket. Tegur2 orang. Walau mmg aku agak tak pandai bercakap. Baek!! Semoga maju jaya di lemu cecek.
Related Posts with Thumbnails