Monday, September 29, 2008

6 Perkara

Bahagian mengantuk sahur

Aku masih lagi dengan pendirian aku bahawa bangun sahur untuk bekalan mengisi perut di siang hari pada waktu subuh seawal jam 5 pagi antara latihan paling mendesak untuk bangun. Mungkin berat bagi sesetangah manusia untuk bangun seawal jam tersebut. Barangkali mereka tidak penah mengikuti qiamullai di sekolah dahulu. Bagi perokok tegar, selain berbuka. Time ni-lah waktu untuk menghirup udara nafas nikotin-nikotin. Tapi kadang-kala ada yang kecundang di tandas office atau bawah tangga.


Kuih dan muih

Huhuhu...ketika zaman mudaku, ketika puasa itu hanya sampai pukul 2 tengahari. Aku tidak melepaskan nikmat peluang menjadi perasa kuih untuk kuih yang dibakar oleh mak sempena hari raya yang akan menjelma. Bagaimanapun kadangkala aku hanya berpeluang menguji kuih yang terbakar atau tak jadi dulu kerana kuih-kuih yang lebih baik adalah untuk mulut tetamu.
Kuih buatan sendiri sekarang adalah satu seni yang hampir pupus, kebanyakan keluarga hari ini terlalulah sibuk untuk membuat sendiri. Mereka lebih suka untuk membeli kuih yang ready made. Tetapi aku still gembira bagi mengatakan bahawa kita tetap menjadikan kuih-muih untuk musim perayaan.


Ketupat

Ketupat daun palas adalah satu sajian di kediaman keluarga Ahmad. Nampaknya ketupat daun palas adalah sajian orang Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah, Perlis) dan sejak aku membesar ketupat daun palas tidak pernah terlepas dari singgah ke mulutku. Aku suka makan ketupat dan aku dapati yang ni paling selera sekali walaupun dimasak dengan santan manakala ketupat nasi adalah hanya dibuat nasi putih.


Kuburan

Tanda-tanda Hari Raya Aidilfitri adalah pada penghujung bulan Ramadhan dan mula Syawal. Di hari pertama Syawal selepas doa-doa Raya, aku dan keluarga akan biasanya pangkal keluar dari masjid untuk tanah perkuburan tempatan untuk melawat kubur sedara-mara terdekat. Lebih-lebih lagi kubur kakak. I miss u.


Bakul raya

Hari Raya adalah musim di mana tangan anda berterusan terperangkap dalam balang biskut!
Dalam keluarga aku, biskut-biskut cip coklat adalah antara kuih yang cepat lesap dari kuih-kuih yang lain. Aku pasti aliran ini merentasi semua keluarga di Malaysia. biskut coklat sentiasa kena ada di setiap rumah.


Bermaaf-maafan dan duit raya

Hari Raya adalah dengan satu musim kerana memberi dan kemaafan. Terutama kanak-kanak memandang ke hadapan untuk menerima duit raya, wang di dalam sampul-sampul khas daripada saudara mara dan rakan-rakan keluarga. Semakin kita menjadi lebih tua dan mula bekerja, ia adalah giliran kita untuk memberi wang, yang ada betul-betul baik. Ia adalah perasaan yang menyeronokkan melihat kanak-kanak keseronokan tersenyum apabila kita menghulur kepada mereka sampul-sampul duit Raya.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Aku.

Sunday, September 28, 2008

E-ucapan
















hooray~~ ~..

Thursday, September 25, 2008

Salam Perantauan


Salam perantauan dari saya yang kini berada di Apreeka Selatan dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Monday, September 22, 2008

Buah Berangan

Aku yang sedang merasai nikmat minuman yang bertulis milo ais atas menu hasil buatan mamak Azwath dekat Equine ni sedang menghitung hari bilakah tamatnya pelajaranku yang around the corner. Aku tidak sabar untuk ke dunia lain, dunia yang lebih luas, dunia yang asing bagi aku, dunia baru. Dunia yang aku maksudkan ialah dunia studi aku. Taksabar rasanya aku menyambut raya tahun depan di negara asing. Inshaallah kalau ada rezeki kan? Jadi aku yang macam biasa masih lagi dreaming menyambut raya di perantauan memulakan chapter pertama dengan menekan nombor dan membuat panggilan dari jauh. Itu saja cara untuk melepas rindu aku kepada kampung halaman. Rindu aku yang terlepas tadi aku ikat dengan tali supaya tidak terlepas jauh. Mungkin tak tahu apa yang jadi di malaysia? Mak yang menyambut panggilan aku mesti tersenyum gembira sampai ke telinga mula bercerita kepadaku apa yang berlaku seharian. Pastinya aku akan tersenyum jika ada kenal rapat atau sanak saudara yang bertanya "Eh! Anak you yang comel tu mana?" Yea.

Aku juga seperti kalian, suka angkat bakul sendiri. Soalan tadi antara yang aku nantikan satu hari nanti. Jadi mungkin ramai antara mereka yang terkejut,terbangun,terduduk dan bermacam-macam "ter" lagi jika mak bilang aku kini sedang menyambung pengajian di perantauan yang jaraknya lebih kurang 15 jam lamanya. Aku tau rata-rata akan cakap "dia yang dulu ponteng sekolah lepak kat surau taman tu, la ni dah kat oversea, baguih betul la dia tu". Sekali lagi aku angkat bakul. Ini adalah pandangan orang yang rata-rata sebelum ini melihat aku seorang yang tidak berjaya seperti abang-abang aku dan juga adik aku. Mereka yang nampak cerah masa depan tetapi aku? Gelap segelap bilik siasatan lokap. Aku tak peduli itu semua. Aku tidak nampak pandai sebagai masa depan, apa yang aku nampak ialah orang yang boleh berfikir. "Pandai saja takcukup cheq" stail kata orang Utara Semenanjung.

Dreaming aku terhenti sebab ade makwe comel lalu didepan meja ku. Kata hati aku "comelnye makwe-makwe la ni" sedar tidak sedar jam sudah dekat pukul 2 pagi, jadi aku bangunkan punggungku dari kerusi keras dan pergi menghulurkan beberapa pitih untuk disedekahkan kepada mamak yang menjaga kaunter bayaran.

Wednesday, September 17, 2008

Petang 17 Sept



Izzaka
Lebih baik ko beli kamera video, imej pegun pon boleh amik, video pon boleh amik.


Zaman
A`ah la kan. Tapi Anri nak amik kamera digital la. Tapi, betol juga cakap engkau tuh.

**Anri ialah bakal tunang kepada Zaman.


Izzaka
Ala, ko beli je la. Sebat je..


Zaman
Maleh.. kang bising orang tua tuh.


Gelak besar mereka petang itu.
Enak berjalan-jalan petang cuti Nuzul Quran di ”Pasaraya Gedabak, Lembah Pusat”.
Walau masak menghadap padat sesak si roda-roda empat. Tetapi masih berbaloi.
Riang-riang..

Aku tau Zaman serba resah mengenai antara video kamera atau digital kamera.
Kesian, hati “gadis”nya perlu dijaga. Tetapi nada gelora Yasmin Ahmad semakin meluap terpercik.
Sering bebel tentang semitografi dan entah-entahlah. Suhaimi Baba, Mamat Khalid, Bada tidak lipa Latif Borgiba. Pada mata Zaman masing-masing merakam yang nikmat-nikmat pada nafsunya.


Semua tentang pan (anjak), zoom in (zoom mendekat) , zoom out ?(zoom menjauh). Juga tentang tripod (kaki tiga) dan monopod (kaki tunggal).
Zaman mencuba seketul video kamera. Dari jauh aku lihat, enak. Enaknya Zaman membelai video kamera.

Pada aku, sangah-menyanggah pendapat di alam rumah tangga juga pra-rumah tangga adat. Dibebel-membebel juga adat. Kalau nak dengar bebel, cuba-cuba la buat hal. Sedap dibebel sambil menikmati muka separa berang, rajuk dan sebek serta bibir yang mogel bergetar-getar. Ahaa.. itulah dia. Nikmat bukan..

Izzaka
Ape kata klu ko beli je video kamera nih, lepas tuh. Ko pakai je sampai dia (Anri) perasan. Lepas tuh ko cakap la. Ko pon tak perasan yang ko dah terbeli video kamera, yang sebelum nih ko sangkakan kamera digital.


Zaman
(Terkebil-kebil..)

Izzaka
Amacam, boleh pegi tak idea aku?


Zaman
Takpelah, nanti bincang dengan Anri.





Bincang..
Kalau aku renung semula, ia membawa erti menceritakan “sesuatu” pada satu atau lebih pihak untuk mendapatkan pendapat terhadap “sesuatu”.

Keperluan berbincang..?
Mungkin pendapat pihak pencadang tidak begitu tajam atau tidak berkesan terhadap “sesuatu” perkara.

Mungkin juga untuk menjaga hati pihak lagi satu, sebagai sekadar memberitahu akan tindakan atau keputusan yang bakal diambil.

Mungkin pihak pencadang terancam jika keputusan terhadap sesuatu tidak dibincang dahulu.



Bulat air kerana pembentong,
Bulat manusia kerana muafakat.



Zaman
Itu dia kedai ”tanpa akhir”, jom tengok kasot kat sana jom.

Zaman dan Izzaka menyinggah.
Dirak kasut ”tanpa akhir” , mereka membelek-belek kasut gaya remaja.

Zaman
Anri tak kasi aku pakai kasut mcm (tapak getah kasual wanita) , dia kata nanti nampak macam budak-budak je.

Izzaka
Isk, ape masaalahnye. Adeh.. pakai je la Budak-budak ape kebendenye..


Zaman berlalu dan terus membelek-belek kasut tapak getah kasual.


Zaman
Aku dah tau, sekarang macam ni. Kalau aku beli kasut tuh, aku kene belikan juga kasut ni untuk dia (kasut tapak getah wanita).


Izzaka
Wah, ini rasuah ke ape ni?


Zaman
Ahaha, ntah. Tapi mesti dia akan tak membebelnye.


Zaman dan Anri akan bertunang pada 27 oktober akan datang. Sempena cuti Pesta Cahaya.

Semoga diberkati dan berpanjangan perjalanan hidup hidup se”dua” mereka.

Monday, September 15, 2008

Malam Celaka

15 September 1982. Bersamaan hari Rabu. Suasana di kem ini agak sedikit huru hara. Deretan kereta kebal milik soldadu Israel berada di mana-mana. Para soldadu berjalan kaki pula sibuk menjenguk ke setiap rumah dalam keadaan siap siaga. Suasana sebegini sememangnya tidak asing lagi walaupun bagi si kecil seperti aku ini. Bukan setakat aku sahaja, masing-masing di sini sudah lali dengan pekik lolong soldadu bertempur, dentuman bom yang kadang-kadang tidak putus-putus bunyi dan bunyi percik peluru yang dimuntahkan secara marathon dari laras senapang para soldadu dan militia.


16 September 1982. Bersamaan hari Khamis. Keadaan di sekitar kem agak tenang berbanding semalam. Ramai sudah kembali semula ke penempatan ini. Baguslah kalau begitu kerana aku rindu untuk bermain dengan sahabat karibku, Fatima. Aku harap keluarga dia juga kembali ke sini. Fatima satu-satunya kawan yang aku ada untuk bermain di penempatan kem ini. Kadang-kadang Jamila, kakak Fatima turut serta bermain dan melayan karenah kami berdua ini. Mungkin dia juga bosan dan kesunyian. Serba-serbi kemungkinan boleh terjadi di sini. Jamila sangat cantik, cocok sekali dengan namanya. Aku mahu jadi secantik Jamila bila aku dewasa kelak.

+++++++++++++++++++++++++

Aku masuk tidur awal malam ini. Kenyang yang melampau. Semuanya kerana keenakan humus yang nenek masak. Walaupun hanya hidangan yang ringkas tetapi amat sedap sekali. Empat keeping roti pita aku habiskan. Siapa sangka perut si kecil seperti aku ini mampu mengisi makanan yang sebanyak itu sekali hadap sahaja. Tetapi itulah penangan humus nenek. Sayang sekali ibu tidak dapat bersama untuk menikmati humus nenek ini. Aku faham keadaan tugas ibu. Nasib baik tempat ibu bertugas, Hospital Akka tidak jauh dari penempatan kem ini. Boleh juga ibu melawat aku dan nenek bila ada kesempatan Selalunya jika ada pihak hospital yang datang membuat rawatan di sini, ibu akan turut serta kerana saat itu dia berpeluang berjumpa dengan kami di sini.

Sedang enak bermimpi, nenek kejutkan aku. Kasar sekali caranya. Hampir aku marah kepada nenek. Belum sempat bersuara, nenek menarik tangan aku pantas. Militia Phalangist kata nenek sambil kami berlari ke satu hujung sudut untuk berlindung. Malam ini malam celaka. Sama seperti malam-malam pada awal konflik. Bunyi letupan dan tembakan AK-47 kedengaran sepanjang malam. Jari jemari kasar nenek semakin erat memeluk tubuh kecil aku.

17 September 1982. Bersamaan hari Jumaat. Keadaan masih seperi semalam. Tiada langsung tanda-tanda akan reda. Mana perginya soldadu-soldadu Israel dan kereta kebal mereka? Tergamak mereka biarkan para militia Phalangist ini berpesta di penempatan ini. Sial.

Petang. Gerombolan militia Phalangist celaka itu telah berambus. Suasana masih lagik bising tetapi kali ini dengan pekik lolong dan tangis para penghuni penempatan. Mayat bergelimpangan di merata-rata dan segenap sudut. Berpesta sakan rupanya si bangsat Phalangists itu. Aku nampak Fatima. Dia terjelempuk di sisi sekujur tubuh kaku yang aku pasti adalah Jamila, kakaknya itu. Kali ini Jamila tidak macam dulu. Tidak cantik langsung. Hitam legam muka Jamila. Darah kering bersalut di badannya. Hanyir. Aku memeluk Fatima. Kami sama-sama menangis. Jamila bukan setakat di bunuh tetapi lelaki-lelaki militia yang jongos itu juga telah merogolnya dan menyeksanya. Sial. Dalam pada aku menangisi di sisi Fatima nenek datang berlari ke arah aku. Dia terus meraung bagaikan orang gila. Dalam suara esaknya nenek membisikkan kepada aku, “Militia dah bunuh semua doktor dan jururawat di Hospital Akka”. Aku rasa pandangan aku semakin kabur dan semuanya gelap. Hitam pekat.


-dedikasi untuk Sabra & Shatila.

Wednesday, September 10, 2008

Gerbang Bersyarat Dinar

"Hesh, ape terkial-kial mamat nih. Saje la tuh. Modal nenek die la tuh. Kekonon nak cari duit syiling. Padahal nak usha lebih aku. Sekali aku terajang kang!" Bisik hati aku sambil menderami jejari tangan kanan di kusyen jendela gelongsor.

"Cepat sket boleh tak Encik, orang lain pon nak lekas ni". Sapaan Cik Tukang Tol melampau walaupun tak keterlaluan

"Masih terkial-kial. Hesh.." bisik hati ku sambil menderami tapak tangan pula. Mendidih darah.

"Duit besar boleh tak? Ini je yang saya ade." Sambil mengeluarkan wang kertas rm 50.

"Kenape ko nak buat muke kesian nih". Bisik hati Cik Tukang Tol lagi.

"Kenape tak pinjam kat kereta belakang je, mane ade orang bayar duit besar kat tol nih". Mungkin Cik Tukang Tol ini jenis senjata moden, cahaya2 laser.

Pemandu yang serba salah bercampur tergamam dengan cadangan Cik Tukang Tol. Lekas-lekas membuka pintu kereta dan meluru ke kereta belakang.

"Mak oi, selambe je"! Cik Tukang Kaunter terperanjat.

"Erm nak cik, kete belakang pon takde duit kecik, die kate suruh kire sekali kereta die" Pemandu kereta kembali ke jendela gelongsor dengan membawa wang kertas rm 100.

"Woo.. dengan muka selambe je ko nk sindir aku ye.. baik. ko nak sangat kan!" Kegeraman Cik Tukang Tol memuncak setinggi pokok pinang.

Cik tukang tol keluar pintu kaunternya dengan membawa sebungkus plastik berisi wang syiling. Beserta resit dan wang tukar cik tukang tol menghulurkan kepada pemandu itu yang belum-belum lagi memasuki keretanye.

"Nah, ini wang tukar. Terima kaseh kerana berurusan dengan kami. Kalau ade mase kirelah sendiri wang tukar tu" Dendam cik tukang tol berbalas.


Pemandu itu meluru ke kereta belakang dan menyerahkan syiling-syiling. Kembali kekeretanya dan berlalu. Kereta belakang tadi juga boleh terus berlalu tetapi berhenti seketika. Pemandunya senyum. Tiba-tiba penumpang sebelah pemandu menghulur tangan menyapa.

"hi cik adik manis.." tiba-tiba darah singa cik tukang tol kembali memuncak pinang. Mengepal kedua telapak tangan.

"dh bayar dh la, blah je la, lagi nak ape" bisik-bisik yang hampir jelas ditelinga.

Penumpang tadi bersuara lagi, "kami banyak duit syiling, nak sikit ?" dan kemudian menjenguk cik tukang tol.

"Eh bapak.. buat ape kat sini" mata cik tukang tol terpaku.

"Kalau kat lebuh raya, buat ape lagi, nak bagi tahu minggu nih balik kampung, ade kenduri. Tuh kereta depan tadi tuh la tunang kamu. Ni pakcik sebelah nih bapak die la nih" pemandu tersenyum menyingai.

"Ingat, balik minggu nih tau" Kereta tadi beredar perlahan-lahan.

"Pandai kamu bergurau dengan die ek…." Walau kereta tadi sudah berlau tetapi kata-kata terakhir ayah cik tukang tol dapat didengar dengan jelas.

"Glup"! Menelan air liur kasar.

"Hi cik adek, free tak mlm nih" Kereta seterusnya menyapa gatal mengoda.

"Arghh.." Cik Tukang Tol meramas kandungan mangkok syiling…

Monday, September 8, 2008

oh Pompuan!

Adakah kita hari ini tensi dengan keja?

Ya..mungkin antara kita hari ni tensi dengan mengendali perbicaraan mahkamah, tensi dengan assignment sekolah yang bapak segala banyak, tensi dengan deadline office atau tensi dengan teman rumah yang takreti masak. Bagi aku, list-kan lah tensi apa-apa pun. Suma tensi tak dapat challenge tensi penjaga tol. Bayangkan hari-hari layan orang macam-macam jenih. Bagi kita yang memandu, apa yang berlegar di kepala adalah aweks-aweks. Ditambah lak ada awek cun yang jaga tol. Pantang nampak dai (merujuk bahasa utara untuk "dahi") licin mesti abg kacak dan kurang kacak nak mengurat. Kirenye, laku gak aweks-aweks tol nih yer..akan aku cari sorang nanti. Kalau dikaji balik, rata-rata yang ngurat awek tol mesti tinggal business card untuk memulakan langkah pengenalan. Langkah yang jarang-jaranglah kita jumpa atau dibuat kat orentasi sekolah. Business card pun kalau boleh yang bertulis rumi berbahasa Inggeris :

Mohamad Naim Dato' Ahmad (bukan nama sebenar)
Director (contoh saja)
Parameswara Sdn.Bhd (company yang sumthing-sumthing-lah)

Pastinya awek tol tadi akan goyang atau dengan drastiknya berpikir masa depannya yang serba serbi tak kena akan berubah senang seperti cerita dongeng disney. Haish, pompuan oh pompuan. Memang betol la pepatah orang dulu-dulu, pompuan nih kaum yang lemah. Itu satu hal, kalau tak tinggal business card, semungkinnya abg kacak dan yang kurang tadi akan meninggalkan qoute-qoute of the highway. Contohnya, Selamat Hari Raya eventhough di bulan Julai...Assalamualaikum takjawab dosa...atau menyebut nama penjaga tersebut sebagai contoh macam nama penjaga tu Azizah. Bayangkanlah penjaga yang bernama Azizah ni mungkin terpaksa menjadi juri lagu sementara disebabkan abg kacak dan yang kurang tadi akan menyanyikan lagu P.Ramlee Azizah tu. "oh Azizah...oh nona ku Azizah". Tak ke tensi si Azizah kat situ. Nasib..Nasib.. Tapi itu kalau pompuan yang cun dipandang sedap mata memandang. Camna pulak nasib laki-laki yang menjaga tol? Mengikut pandangan masyarakat setempat, abg kacak yang salah masuk "line tol" mesti tensi layan muka pengaja tol laki-laki tu.

kesimpulannya: sapa tensi la nih?

Tuesday, September 2, 2008

Buat Apa Tu Bang?

Aktiviti meniup 'bendalah' (disebut didgeridoo) ini sering menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia. Macam-macam kerenah, perangai dan cara. Pernah diherdik dan dicaci dan pernah juga dipuja dan dirai. Jalanan di kota metropolis ini menyekolahkan aku dan secara tidak langsung menunjukkan aku erti sebenar sebuah kehidupan. Jaringan handai taulan juga bertambah. Dari sini aku mengenali rakan-rakan baru. Kami berjumpa hanya kerana minat pada sebatang kayu. (Ada apa dengan kayu?)

Suatu ketika aku pernah meniup di kawasan Uptown (yang lama). Tempat yang sememangnya meriah dengan abang-abang si penjual pelbagai barangan, gadis-gadis yang baru pulang dari 'Orange' yang memakai thong, anak-anak universiti yang 'overnight' bersama rakan/kekasih hati dan sebagainya. Seringkali juga aku melihat mereka memandang penuh kehairanan dan secara tiba-tibanya bersikap aneh. Sungguh tidak world minda mereka-mereka itu. 'Kampungan amat' - memetik kata-kata seorang amah tua warga Indonesia. Aku tinggalkan Uptown dengan pengungjung-pengunjungannya yang 'kampungan amat' itu. Tidak ada langsung aprisiasi atas lolongan batang kayu ini.

Satu hari di 'rumah bandar' aku, sebuah kawasan pinggir bandar (jika pun boleh digelar sebagai bandar) nun jauh di utara seorang Pakcik Berkopiah Putih menegur aku tatkala melintasi aku dan melihat aku disisi batang kayu tersebut. " Ini yang orang Australia main kan?". Aku angguk sambil tersenyum. Pakcik Berkopiah Putih itu terus berlalu menuju ke arah lorinya sambil menghisap rokok daun berperisa tembakau Jawa. World betul la pakcik.

Monday, September 1, 2008

Entri Malas

aku baru bangun tido dan aku dapati yang aku masih lagi tidak menulis entri aku kat blog ini.
perasan aku jadi lain seperti gula-gula nano. aku jadi kalut kerena aku janji nak tulis blog hari sabtu. sekarang dah hari isnin. apa barang? buat pembaca naik radang, muka merah macam udang, katanya aku temberang. maaf ye. aku ni superstar cuma tak terkenal sebab aku ni bukan saudagar yang banyak kapal. ala bukan susah pun menulis blog ni. guna jari pon boleh....

ok blog dah siap? camna? takboleh?

kenape?
Related Posts with Thumbnails