Sunday, October 26, 2008

Cahaya

pitt : hang takpi shopping ka?

naim : huh? shopping? ( aku mula rasa macam ada something )

pitt : a'ah, shopping.

pitt : laaa...hang takshopping lagi ka

naim : ( sah! dia nak pekena aku )

kemudian, untuk beberapa saat. . . .

naim : hahahahahaha...siyut!! ( dah aku agak dah )

pitt : hang kan nak sambut raya lagi 2 3 hari

pitt : hahahahaha!

naim : hahaha!


selamat menyambut devali, jumpa di batu caves :)

Thursday, October 16, 2008

TAG!! Hang Jadi Pulak

Kini ramai yang mula terjebak dengan penyakit TAG nih. aku baru saja terjebak dengan virus yang tiada ubat untuk sembuh dari perubatan moden mahupun perubatan tradisional

jadi coba korang tengok-tengok kan, ada apa dengan 10 Klausa tentang aku tu...


YANG PERTAMA. malu untuk aku mencungkil kisah lama ini tetapi percayalah pada aku masa kecil-kecil dulu aku kurang fasih bertutur bahasa inggeris. benar! masih lagi aku ingat kat hari rumah member aku si zamri. time itu musim gila main bola kertas. punya seronok main, sekali ayah si zamri mai lepak kat ruang tamu. ayah zamri seorang cikgu so aku jadi segan la nak bising-bising. tetiba ntah macam mana, mimpi apa ntah dia tengahari tu ayah si zamri speaking dengan aku. aku jadi panik dan dengan sepatah haram taktau apa dia cakap dengan ringkas membalas "grammar". ayah dia teros diam tak budi bicara.


TEMPAT KE-2. dulu-dulu masa kecik, aku cepat terpengaruh dengan kata-kata orang. salah satu antaranya ialah dengan berkaca mata akan kelihatan bijak. time aku mencecah 9 tahun, aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakan aku. bukan kerana aku berpindah rumah tetapi turun kelas kelas A ke kelas B sebab aku dinobatkan pelajar yang paling kurang pandai dalam kelas. jadi selepas dok pasang telinga kata pakai spek jadi pandai, aku teros bilang sama ayah yang aku mula rabun padahal tidak. kiranya aku telah menipu ayah dan mak hanya sebab nak pakai spek mata untuk jadi pandai. dari situlah aku mendapat menyakit rabun bukan kerana semula jadi tetapi kerana aku ingin jadi pandai semula. akhirnya, aku berjaya mendapatnya kembali. dan ia mengambil masa selama 8 tahun. satu masa yang panjang.



SALURAN 3. bercakap pasal kebolehan bernyanyi, aku tak lepaskan chances untuk mengeluar suara suara sumbang mambang.aku selalunya akan memilih lagu inggeris lama berbanding lagu-lagu rock kapak kerana itu saja lagu yang kena dengan aku. aku layan rock kapak, pergh jadi remps la jawabnya. bukan kerna aku tidak reti nyanyi lagu rock kapak cuma tak kenan dengan sifat aku yang bukan mat bunga atau mat motor.aku dilahirkan pada zaman nirvana dan 2pac shakur lainlah depa orang yang lahir zaman amy search dan seangkatan. peewiiitt!!


BUTANG NO 4. sebut pasai sek. menengah, aku jadi suka. zaman aku kecik-kecik dahulu sekolah aku ni boleh diibaratkan henry gurney wilayah utara. tapi itu dulu bai, sekarang dah takdak dah. time form 5, waktu tu sekolah aku adakan larian merentas desa. aku mewakili rumah merah pada awal permulaan hanya berlari-lari anak (praktis awal untuk pergi haji) padahal nanti kalau dapat pi harus pancit nya. tapi sampai tengah jalan, aku dan ada kat depan dengan 2 lagi kawan aku dari rumah kuning. aku seperti dikejar anjing meneruskan perjalanan takkala aku mengikat rambutku dengan kain putih dan berbaju merah, berseluar track hitam dan berkasut all-star seolah aku mewakili pasukan indonesia lari memecut masuk ke dalam sekolah dan aku dipaksa mengharungi larian track sejauh bulatan datuk onn sebelom ke garisan penamat. sedang aku pancit untuk menamatkan larian aku dengan selamba ada sorang cikgu ni suruh aku masuk line perempuan bawah 18.


CARTA 5. soalan ini barangkali adalah antara soalan-soalan terawal time aku menuntut di sekolah rendah dulu kala. rata-rata semua kawan-kawan aku bercita-cita mahu jadi seorang doktor, peguam, polis, askar, bomba tetapi aku antara yang berlainan. aku nak jadi pemain bola sepak seperti david beckham. ia menjadi seperti beliau yang kini tidor dengan wang dan bini yang hot. aku dibesarkan dalam family yang meminati bola sepak inggeris. namun begitu, aku ditentang keras oleh ayah dan ibu. jadi barangkali malaysia hari ini telah kehilangan seorang pemain bola yang mungkin kini tidor di atas wang dan wanita-wanita manis. bukan aku seorang, malah mungkin ramai lagi mengalami nasib seperti aku. apa yang depa orang buat sekarang ya?




sick. aku dengan tidak malu dan tidak risau akan saham diri aku akan jatuh sebab aku mengaku yang aku masih lagi tengok power rangers cuma tak sekerap dulu. hanya mencuri masa saja tahu apa yang berlaku. aku yang obses dengan PR (bukan Pakatan Rakyat) dibangku sekolah akan cuba memiliki barang-barang yang ada kaitan dengan power rangers. antaranya jam tangan, kasut, patung permainan dan sebagainya sehingga aku merakamkan video rancangan itu setiap minggu. akhir kata, aku masih ada serpihan zaman kanak-kanak lagi. aku tak amik port kalau ada orang perli aku "apalah dah besaq pun minat power rangers".





ultraman seven.
aku lebih suka kepada awek yang tua sikit dari aku.tapi tidaklah tua sangat kan sehingga jarak dia dengan aku macam kakak adik. awek yang muda bukannya tak laku tetapi untuk menunggu budak hingusan seusia 10 tahun bertukar menjadi awek se-hot "rozita che wan" mengambil masa yang lama. jadi tak heranlah rata-rata aku banyak berkawan dengan gadis-gadis manis yang lebih tua dari aku. ada yang bilang (bukan mengira) bahawa berkahwin dengan wanita yang lebih tua dari kita akan dimurahkan rezeki. jadi ada antara ada yang berminat dan inginkan hidup anda dimurahkan rezeki boleh hubungi saya. *iklankan diri. yang kahwin tu tolong sikit.



bulatan 8.
aku sukakan zaman 90'an. aku hanya menanti kereta
deLorean DMC-12 yang dipandu oleh marty mcfly wujud untuk ke zaman itu kembali. sayangnya, michael j.fox mengalami penyakit parkinson pada tahun 1998. jadi tiada siapa yang dapat membawaku ke zaman itu kerna tentunya dia tidak cekap memandu seperti dulu. peluang aku untuk kembali ke zaman silam dan mengahwini rozita che wan terbantut. cehwahh!!





dekat di hati.

aku sangat kuat menabung. betul taktipu. hampir setiap hari ada saja duit syiling yang masuk ke dalam perut tabung buah kelapa. tetapi apakan daya, aku juga mudah digoda oleh pusat-pusat komputer ketika itu. satu hari ketika kalangan anak-anak muda gian bermain permainan komputer half-life, aku antara anak-anak muda tersebut ketandusan wang. jadi untuk mendapatkan wang yang banyak tiada cara lain selain korek duit dari tabung buah kelapaku itu. habis licin buah kelapa itu aku korek akibat daya tarikan pusat-pusat komputer zaman itu. sama yang terjadi kepada kawan aku yang sorang itu,apa jadi kat tabung untanya? kita serupa bukan?



sembilan suku. aku mula mengenali internet di-era rentak muzik terkini zaman 99 pabila ayah membeli komputer untuk kegunaan dia dan keluarga. rumahkumenjadi port mendapatkan maklumat politik kerana zaman tu zaman panas. tapi aku bukan ingin bernahdah mengenai politik, tetapi menggunaan internet. rata-rata aku ketika kecil hanya mengguna internet untuk IRC dan sayangnya, tidak ada satu makhluk pun mengajar aku melayari laman lucah tidak seperti budak-budak sekarang. ramai gadis-gadis belasan tahun menjadi mangsa penipuanku ketika itu. mungkin salah seorangnya adalah wardina safiyah.


SEPULUH BUDAK HITAM. member aku sorang tu tak habis-habis cakap pasal demam dengan dirinya tak boleh dipisahkan. aku pun ada cerita jugak. tolong percaya kawan-kawan, dari aku sekolah rendah samapi ke tingkatan 2. aku pi sekolah seminggu lewat puncanya sebab demam. mak aku pun naik risau dengan penyakit demam aku itu. pernah sekali tu adalah salah seorang dari keluarga aku ni cuba try meniru aksi kucing aku tetapi gagal. dia harus berguru dengan aku terlebih dahulu, barangkali aku pun antibodynya lemah. hai....bilalah nak ada orang jaga makan minum aku nih??

Saturday, October 11, 2008

Blues Malam Minggu

hurm..
sudah berapa minggu aku disuap-suap dengan telemovie
stesen terbesar kumplan prima.
seingat aku asik-asik cite sedih. lemau la.

asik cite sedih ke, dah takde cite gembire ke, patriotik ke
atau genre yg berbagai yang mampu dihidang kan ke di malam
minggu untuk warga belia yg tidak merempit seperti aku nih, haih

aku ulang sekali lagi,

asik-asik cite sedih. pilu menyanyat hati, lama-lama pon muka
kecut kemot.haih~~ lagi sekali.
busan pon ade. seb bek ade blog, bikin kata disini,

dh la tuh kali ni cerita yang dibintangi Que ngan khairiah kot name dia.
aku tak pandai nk nilai lakonan cume.

cume bosan la asal orang kawin 2 je akan rumah tangga berantakkan.
asal lebih dri sorang je rumah tangga berantakkan.
teruk sangat ke orang yg berbini dua nih.

ade je aku dengar orang kawin sampai empat tp relax je,
bertenaga je, boleh port satu rumah lagi.
takde lak die buat cite mcm tuh.

mungkin time cerita tuh di tayang kan. aku ade hal kat luar atau
kerja luar kawasan kot. yela kadang-kadang aku nih jarang tengok tv.
walau sejak dua menjak nih aku lah orang yang pertama memacak kan
diri untuk mencerap longgok-longgokan berita untuk hari ini.

bile cite bab kawin lebih dari satu nih,
aku teringat cerita dariseberang "berbagi suami". takde pon gadoh-gadoh.
boleh port satu rumah je.

siapa ye yang memahatkan tanggapan bahawa suami tua akan hancur
berkecai remuk-remuk remah rempuh bagai
debu-beduan bila suaminya kawin lagi satu.

orang tuh kene bertanggungjawab kesannya ke hari ini.
mungkin akan ade orang yang tak setuju , tapi takpelah.

cume aku busan, dengan cerita sedih, hiba pilu menyanyat hari.
klu selalu tengok cite macam nih, muke jadik kemek beb. adeh.


dan keduanya kawan-kawan perempuan aku sume akan
muka sebek bila cite pasal kawin lebih.
bukan nak buat pon cuma ade pilihan bagi mereka-mereka yang
boleh berfikiran sedikit kedepan.

ingat senang ke bagi suami yang kawin dua nih,
kalau tak silap aku.
sekiranya die tak adil, nanti di padang mahsyar akan
berjalan senget sebelah berjumpa ALLAH.
pergh. susah tuh beb. tak sanggup aku.

dan mungkin kawan-kawan perempuan aku tuh mahu
suami-suami mereka(bila dh kawin nanti)
pasang spare di luar a.k.a. kekasih gelap.
bila terbocor satu malaya dapat tahu.

macam kejadian baru-baru ni.
eh! tiba2 aku rasa terganggu
kesihatan aku nih pulak. hurm
itu je yang menganggu aku malam hujung
minggu hingga membikin nenulis ini semua. huhu..

sambil-sambil nyanyi sendiri.
"isteri tua merajuk balik ke rumah isteri muda,
kalau dua-dua merajuk. ana kawin tiga"


Related Posts with Thumbnails