Wednesday, August 27, 2008

Selangkau Ke Alam Misterius

Kami telah sepakat pada malam itu. Aku, Zaki, Mat, Nasir dan Deris sebulat suara mahu menonton VCD cerita horor melayu bertajuk Momok. Cerita ini memang tengah hot di kampus kami pada ketika itu. Jadi sebagai penuntut Melayu yang berdaya saing maka kami juga tidak mahu ketinggalan dan dianggap tidak peka dengan isu-isu lokal.

Zaki berbesar hati untuk menjadi tuan rumah (dibaca bilik) pada malam itu. Bilik Zaki di tingkat 4, iaitu tingkat paling atas blok bangunan tempat para penuntut ditempatkan. Aku, Mat, Nasir dan Deris berkerumun dihadapan komputer milik Zaki yang sudah separuh usia itu. Tingkap bilik sengaja dibiarkan terbuka.

Ritual menonton VCD tersebut pun bermula. Tumpuan masing-masing tidak beralih dari skrin komputer. Kusyuk. Babak bertukar babak. Dipertengahan cerita tiba-tiba ruang rongga hidung aku terbau sesuatu yang harum semerbak (mungkin hanya khayalan). Tanpa segan silu dan teragak-agak aku memandang Deris sambil berkata " Bau apa ni?..wangi". Tiada sebarang respon dari Deris mahupun mereka yang lain. Masing-masing tidak mengendahkan pertanyaan aku dan meneruskan ritual menonton VCD seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Aku terlupa bahawasanya mengikut pantang larang orang-orang tua, kalau terlihat atau terbau sesuatu yang aneh di malam hari usah ditegur atau ditanyakan. Pura-pura ianya tidak berlaku. Itu yang selalu dipesan mereka.

Seusai ritual malam itu aku bertanya kepada Deris kembali. Dia juga sama seperti aku tadi, terbau bauan semerbak itu. Walaubagaimanapun kami sebagai anak-anak muda zaman millenium ini cuba menjustifykan kejadian tersebut mengikut ilmu logik. "Bau pokok tu. Memang ada yang berbau macam tu". Mungkin kebetulan pokok itu mengeluarkan bau pada malam itu sahaja, dan secara kebetulan pula kami menonton cerita seram melayu yang sangat horor itu. Malam itu aku tidur di bilik Zaki. Bukan takut tetapi sekadar tidak mahu mengambil sebarang risiko atau kemungkinan yang mungkin timbul (alasan).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails