Thursday, February 26, 2009

mee kungfu wachaa~

sisi depan

atas
restoran di kawasan seremban, kedai muslim yang biasa kita kenal dengan kepakaran mereka dalam makanan mee, aku pon cuba la
"mee kung fu". nak tengok boleh pergi jauh sampai mana.

sekali agak kecewa la juga.

tawau melese (loghat org selatan)

***kalau ade geng yang nak jelajah ceruk bagi mencuba mee kungfu, mari kita berjemaah

Wednesday, February 18, 2009

tarian dingin simbahan hujan

pulang dari mamak kawasan sri manja bersama kroni yang suku single, baru saja single dan seorang nisfu single. yang sebelum itu juga di mamak jalan klang lama mengambil buku "screenplay" pinjaman dari teman maya.

pulang sambil diusik-usik oleh angin malam yang juga sedang mengudrati diri membawa awan yang berat yang menunggu masa untuk diburaikan.

dalam kepala hanya menilik bahawa awan ini akan terburai bukan di sini tempatnya, seperti siang tadi, sempat di renjis -renjis sahaja. sedang sederhana laju memacu roda dua, sedikit gusar jika lencun diburai hujan, walau di zaman kanak-kanak itu memang enak. lebih enak jika tiada barang-barang penting di raga.

tetapi tidak untuk malam ini. hujan . lebat. enak, dingin .

sauna bilik bertukar suhu. boleh menari-nari jari di pentas papan kunci.

tingkap penjuru ka-shorga raya

sejak beberapa hari amat panas,
apatah lagi bilik saya yang seganda panas,
ya, bilik yang tanpa tingkap,

rumah pangsa tingkat atas di ibu kota
hujung sekali.
lebih selass saya mengunakan tangga berbanding
lif tunggal blok kami. memandangkan kawasan
kegemaran saya utk meletakan motosikal
juga berhampiran dengan tangga.

rasa melekit-lekit bantu utk membantutkan
tulis2. sudah lama tidak tulis.
walau hasil tulis2 saya masih tidak segah mana.

tapi panas ini menidak keruankan saya.
sering membelek talifon tangan untuk
mencari rakan-rakan untuk melepak di luar
agar boleh menyejuk kan badan.

antara ayat2 yang "tiru buta" biasa akan saya mamah
seperti "neraka lagi panas" dan lain2.

tapi kalau dibayang kan dengan cuaca yang
dan bilik saya yang sedanga berbahang.
nah! kini bilik saya seumpama sauna.
Related Posts with Thumbnails