Wednesday, May 26, 2010

jantan mengeletis



baru aku puas hati. puas hati teramat-amatlah sangat. dah lama aku mengepal, hingga ia sudah menjadi padat padu.

cuba korang bayangkan, laki i tu. dah kawin buat la cara dah kawin. ini tidak.
nak tahu apa yang bikin i jengkel sangat- sangat? meh i cerita.

memanglah kawan tuh penting, tapi laki i nih lebih mementingkan kawan dari biasa.
i yang dh jadi isteri dia pon dia tak layan sangat.

kalau kawan-kawan ajak lepak tu, cepat je die pegi, lama- lama lak tu. memang salahlah kalau orang kata i kontrol suami. bukan kontrol, kan dia suami i, misti la i kene jaga.

lagi satu, cuba bayangkan. mase kami nak menikah, masa nk mendaftar ade sorang kawan
dia ni nak mengekor kitaorang, menyemak betol, hesh. tapi nasib baik laki i nih jenis pelupa banyak makan semut jadi,

masa mula-mula je dia sibuk ingat kan i suruh daftar untuk 3 orang, lama -lama die lupa, terus i daftarkan untuk kita orang je.

padan muka dia. puas hati i, menyibuk je.

ini satu hal lagi. sudah la malam tadi mamat ni ajak laki i lepak, sampai larut malam.
nasib masa tuh i dh mengantuk gila. kalau tak misti i akan call kali i tanye bile nak balik,
ye la kan i nih kan mengandung anak sulung, mana bole kene tinggal-tinggal kan.
misti la laki i tuh kene menghadap muke aku 25-8, betul tak?

lepas tu mamat nih ade hati nk mengekor kami ke majlis hari jadi laki i nye kawan sekolah.
yela, mamat nih pon di jemput juga sbb mereka satu sekolah. naik la moto,
bukan nye jauh pon putrajaya je, nape nak menyebuk ngan kami,
biarlah laki i fokus pada i je.

nasib baik sangat lah laki i nih jenis suke makan semut, kuih sarang semut pon die suka makan. masa nk gerak tadi, i buat-buat cerita benda lain. jadi die lupa nak bagitau mamat tuh yang kami nak bergerak dah.



bila sampai alamanda putrajaya, time i nk belikan harijadi, i buat-buat tanye pada laki i.
mamat tuh tak pergi ke.

hahaha. terus laki i menepuk-nepuk dahi yang hampir luas tu.
padan muka mamat tu, puas hati i. laki i untuk i sorang je .

u know!

Tuesday, May 25, 2010

tilik2 hujung bulan


seperti biasa cuaca tak menentu.
sekali petik hujan bertabur menderu.
sekali pancis panas mendengung.



bukan tekanan daripada cuaca sahaja yang anda perlu hadap. anda pekerja swasta. gaji tak menentu, tambahan bulan ini 31 nya jatuh pada hari isnin. berikutan itu ini minggu yang getir.

tetapi baik untuk anda, sila kurangkan makan yang baik bukan sahaja dari segi saku, malahan sekali harung untuk kurangkan makan yang berminyak. berjimat dari minum air berkorbonat atau air bancuhan yang lain-lain, bukan sahaja mahal mencekik jerut darah tetapi permurah dengan gula. ini tidak baik untuk tekak.

sila elakan untuk minggu ini, kalau boleh. dan untuk bulan-bulan lain jika perlu. jika tidak anda akan jatuh sakit dari segi kesihatan kerana mengambil makanan yang menyebabkan anda demam dan sakit tekak.

dan juga anda jatuh sakit dari segi saku kerana berbelanja tidak tentu hala, tambahan pula bayaran ke klinik yang anda perlu tanggung sendiri [tak boleh claim daripada syarikat].


dan jika anda jatuh saket selama beberapa hari hingga hari sabtu ini, anda tidak akan dapat melakukan kerja-kerja part time anda.

sekian, itu sahaja.



**semoga dapat bertahan

Sunday, May 23, 2010

resume

Resume, seperti yang umum ketahui adalah sebagai pemangkal untuk memohon pekerjaan.

Bercitra-citra rupa, bentuk, warna, pesyen dan lain-lain. Di dalam menghasilkan resume bagi mencerminkan siapa diri kita kepada majikan. kirenye, kalau dapat bikin resume yang dasat gile, bakal membuat bakal majikan teruja la. atau jika tahap dewa, dapat bikin resume yang mahadasyat gila, mungkin akan ditawarkan jadio CEO. la KOT.

untuk pangkarya industri kreatif, resumenye. mak ai.. ade yang sampai tak bole heja [tak boleh heja, dalam makna kata lain, maklumat calon mungkin di sampaikan dalam bentuk gambar, bunyi atau motion] .

tapi bila pengkarya yang mahu memohon jawatan-jawatan di dalam sektor kerajaan, mereka ini akan menghadapi masaalah di dalam menjernihkan resume mereka [makna kata menyekemakan resume mereka, menulis mengunakan ms word].

jadi, bagi aku yang bekerja di dalam industri kreatif ni, apabila sudah kurang rebel dan sudah insaf[tidak mahu menyimpan rambut panjang, dan mahu memakai seluar baju bergosok]. aku akan menjernihkan resume aku, agar mudah di kilasi olehbahagian sumbermanusia di sektor kerajaan.

kenapa aku perlu bertukar dari sektor swasta ke kerajaan?
kerajaan negeri ke kerajaan pusat?

tunggu..





Related Posts with Thumbnails