Sunday, December 6, 2009

pe"muda"?





Saturday, June 20, 2009

Satu Tahun Lagi



Sedang ligat memancu belalang tempur di lebuhraya persekutuan menuju subang jaya.
lorong motor agak lenggang, petang di malam minggu.
pengukur kelajuan sekitar 80 km/j (laju kah tu?..)


keluar jalan lencongan bagi menuju parade cawangan subang.
beberapa bahagian di kawasan mesin niaga masih berlekak lekuk.
tak sesuai untuk melayan selekoh, walau tayar sudah diganti baru.
rm 78. tp brader tuh kasi rm 73. beliau yang bagi. (terima kasih abang lindungan moto)


fifi di bahu jalan berdekatan stesen komuter,
gigih menunggu saya, yang sering terlambat.
dari jauh sempat melambai ke arah fifi tanda "jenuh menuggul dah nak hilang"
sebelum berterbasan mencicit tapak kaki ke arah fifi, letak belalang tempat ini dahulu.


berjabat tangan dengan fifi
masuk ke dalam kereta mengenakan tali pingang kereta setelah menghidupkan enjin.
kereta kakak fifi yang "ngoperate perut kapal terbang"
sering menolak pelawaan kami untuk berkenalan dengan rakan-rakan peramugarinya.


fifi, bukan nama sebenar, fifi ini pangilan manja kepada beliau oleh beliau punya "ehem".
kepada anda-anda, kalau nama pangilan masing-masing agak pelik, jangan terbocor di kantoi ya.
nanti jenuh buat modal kawan mengusik


menghulurkan cakera padat kepada fifi yang mengambil sekaligus membelek kehairanan.
mujur kereta kakak fifi dilengkapi dengan pemain cakera keras.
berkumandang lagu-lagu kawin. yang dinyanyikan semula oleh penyanyi lain.


fifi, setahun lagi.
ini cakera keras buat ampuhkan rasa membara. ahahaha
setahun lagi kau akan menyunting bunga.

berjalan kaki arah titian
anak puyuh mencari makan
andainya hari sudah berkenan
usah tangguh buat lamaran

jangan mata keranjang
bila sudah berkasih
jagalah hati si dia
kalau sudah merajuk
engkau yang serba salah
apa kau buat tak kena

black dog bone- joget sindir besan

Thursday, June 18, 2009

SELAMAT HARI AYAH




entri ini tajuk ini mungkin sudah klise, tetapi mungkin perlu dikongsi.
kerana beberapa hari ia membuak-buak.
sering berlegar-legar.

hari ayah,
sama ada bapa, ayah, abuya, ayahndya, atau apa-apa sahaja pangilan.
itulah beliau.
(seperti mana semua orang sudah tahu inti tajuk ini)

setelah kejadian ini berlaku.
ada perkara yang merubah tanggapan saya.

sekitar beberapa tahun lepas
semasa masih belajar di shah alam
jumaat malam saya pulang berhari minggu di rumah keluarga,
bersama baju seminggu telah guna untuk di cuci.
dan melepak dengan kawan-kawan (rakan sesekolah).

pada hari jumaat petang lepas pulang dari kelas,
di bawah rumah flat kawasan meletak motosikal
rumah sewa kami.
saya memeriksa eksos kerana padanya mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

lalu kawasan siku saya terkena eksos yang masih panas, mujur tidak bersentuh lama dengan eksos. cepat-cepat saya lumur dengan air liur, (seperti terkena minyak panas)
**(air liur juga biasa disapu selepas bangun dari tidur ketika mula terasa sakit akibat tersalah bantal)



hasilnya. cetakan tiga segi separa gelap..

hari jumaat malam.
semasa menonton tivi, bercakap dengan ayah beberapa perkataan.
sambil tangan berayun menambah kesan plot penceritaan
lalu ditegur ayah tentang cetakan di siku saya.
tidak seperti emak. langsung tidak perasan dengan siku saya.
yang sebelumnya juga ada bercakap sengan emak dengan gaya yang lebih kurang sama.
mungkin ketika itu emak keletihan dan kurang tajam pengamatanya.

saya terus kagum.
seperti sebelum ini saya sering anggap.
apa-apa pun emak yang mula-mula.
ayah kurang perihatin.

hal inilah yang merubahan tanggapan saya.
dan hal ini saya kongsi kali pertama selepas menonton filemCJ7 di summit subang
dengan kawan saya.

sambil berjalan keluar di lorong kecil laluan pawagam selepas menonton
kami berkongsi keterujaan filem tersebut. lalu saya terus menalifon ayah.
seperti biasa ayah masih di ofis.
cukup sekadar mendengar suara dan keadaan.

begitu kesan filem CJ7 yang bertemakan kasih sayang ayah kepada anak.

ya, mungkin ayah kurang menunjukkan kasih sayang pada perbuatan atau kata-kata,
kerana ayah sering kontrol macho.

kepada mereka yang tinggal berasingan atau tingal di asrama.
hari khamis atau jumaat, ayah sering bertanya kepada emak.
"si akim(bukan name sebenar) tak balik ke minggu ni"
pertanyaan yang cukup perihatin sambil mengawal macho.

dapat tengok anak seminggu sekali sudah cukup melegakan beliau.

hati saya tersentuh juga semasa menonton filem cinta,
watak yang di lakonkan dato Rahim Razali.
mujur ada bucu-bucu gelap bagi mengalih pandangan.
dapat menahan air mata yang sedang. berkaca. "haih~"

beberapa minggu lalu saya dikongsikan dengan pengalaman teman rapat ketika beliau pertamakalinya menyambut anak sulung beliau.
wah, begitu teruja sekali. pengalaman melihat jenuh isteri melahirkan.
beliau kini sudah ayah. tahniah yah~

sempena hari ayah, saya mampu mengucapkan "selamat hari ayah" di sini sahaja juga di
dalam hati. kerana abah kepada ayah saya telah tiada.

saya takut apabila mengingatkan ayah tentang hari bapa.
ayah tidak akan meminta apa yang perlu diperolehi sebagai ayah.
sebaliknya ayah akan apa mengimbas yang akan diberi kepada abahnya yang sudah tiada.
saya beruntung masih lagi berbeliau.


Sunday, May 3, 2009

Baki Santai Buruh

********



Hati-hati berlari melintas
dari kiri dan kanan deru menderas




Hati-hati berlari melintas
engkau bukan burung yang berterbangan bebas




Hati-hati berlari melintas
berjaya melintas, engkau bukan telah tidak tewas





Hati-hati berlari melintas
telah melintas
engkau masih perlu beradu dengan yang menderu deras
engkau juga masih bukan burung yang berterbangan bebas
engkau juga masih perlu beradu dengan para tewas.


********

Thursday, April 23, 2009

selain sibuk menjaga bumi


syurga di bawah tapak kaki ibu

Saturday, March 28, 2009

eARTH wORLD




e n a k b u k a n ...?

Tuesday, March 17, 2009

dengan mamak ada apa?




Thursday, February 26, 2009

mee kungfu wachaa~

sisi depan

atas
restoran di kawasan seremban, kedai muslim yang biasa kita kenal dengan kepakaran mereka dalam makanan mee, aku pon cuba la
"mee kung fu". nak tengok boleh pergi jauh sampai mana.

sekali agak kecewa la juga.

tawau melese (loghat org selatan)

***kalau ade geng yang nak jelajah ceruk bagi mencuba mee kungfu, mari kita berjemaah

Wednesday, February 18, 2009

tarian dingin simbahan hujan

pulang dari mamak kawasan sri manja bersama kroni yang suku single, baru saja single dan seorang nisfu single. yang sebelum itu juga di mamak jalan klang lama mengambil buku "screenplay" pinjaman dari teman maya.

pulang sambil diusik-usik oleh angin malam yang juga sedang mengudrati diri membawa awan yang berat yang menunggu masa untuk diburaikan.

dalam kepala hanya menilik bahawa awan ini akan terburai bukan di sini tempatnya, seperti siang tadi, sempat di renjis -renjis sahaja. sedang sederhana laju memacu roda dua, sedikit gusar jika lencun diburai hujan, walau di zaman kanak-kanak itu memang enak. lebih enak jika tiada barang-barang penting di raga.

tetapi tidak untuk malam ini. hujan . lebat. enak, dingin .

sauna bilik bertukar suhu. boleh menari-nari jari di pentas papan kunci.

tingkap penjuru ka-shorga raya

sejak beberapa hari amat panas,
apatah lagi bilik saya yang seganda panas,
ya, bilik yang tanpa tingkap,

rumah pangsa tingkat atas di ibu kota
hujung sekali.
lebih selass saya mengunakan tangga berbanding
lif tunggal blok kami. memandangkan kawasan
kegemaran saya utk meletakan motosikal
juga berhampiran dengan tangga.

rasa melekit-lekit bantu utk membantutkan
tulis2. sudah lama tidak tulis.
walau hasil tulis2 saya masih tidak segah mana.

tapi panas ini menidak keruankan saya.
sering membelek talifon tangan untuk
mencari rakan-rakan untuk melepak di luar
agar boleh menyejuk kan badan.

antara ayat2 yang "tiru buta" biasa akan saya mamah
seperti "neraka lagi panas" dan lain2.

tapi kalau dibayang kan dengan cuaca yang
dan bilik saya yang sedanga berbahang.
nah! kini bilik saya seumpama sauna.

Saturday, January 31, 2009

Budak Hitam

Walaupun Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang berkulit hitam, tetapi nak taknak dia kena tinggal di Rumah Putih.


Menarik bukan?

Thursday, January 29, 2009

Teh Tarik Mamak Dan Teh Tarik Bini

Seperti yang kita tahu, restoran mamak merupakan port utama untuk bersantai, terutama bagi lelaki bujang, lepas waktu kerja atau waktu malam, juga sebelah pagi. Selain mengisi perut yang kosong,

Port mamak boleh dijadikan tempat untuk bermesyuarat cara santai juga tempat bersembang dan kebiasaanya bagi kaki bola dan kaki gusti mahupun kaki-kaki sukan yang lain merupakan port untuk menikmati perlawanan bersama-sama-sama gang atau gang lawan.

Begitu nikmat menelan perlawanan sukan dengan mata sambil diselangi denga sorakkan dan dan tepokan, dan antara itu semua dicelahi dengan hirup cicipan teh tarik mahupun Nescafe atau lain-lain.

Semangat kesukanan dan semangat keakraban terhadap teman-teman sewaktu muda maseh tidak dapat dikikis dan terbawa-bawa fe`el itu selepas menikahi seorang , mahupun lebih dari seorang wanita.

Bagi isteri yang memahami, mereka akan “just let go” suami mereka dan mengagap itu sebahagian dari rutin yang perlu dilalui bagi seorang lelaki, iaitu melepak di mamak, atau bersenggang-senggangan di mamak. Beruntung lah bagi suami yang mendapat isteri yang amat memahami. p/s tolong jangan cabuli kepercayaan mereka.

Tetapi bagi sesetengah yang telah disuku-suku kan kaun wanita ini mengangap suami akan terhak mutlak isteri selepas isteri dinikahi dan PERLU & WAJIB melekat dirumah dan 24jam, dan dan siteri perlu memunggugi suami didalam rumah dan duliar rumah sepanjang hayat.

Pembaca blog 1 : macam mana dengan lepak dimamak?

Lepak mamak? Saranan ke mamak akan berbunyi begini,

Isteri “tut” 1 : ha pergi la lepak kt mamak tuh,tu ade perempaun tunggu la kt mamak tu, kalau awak buat perangai saya perambat awak dengan parang. Saye nih keturunan dang hanum, pantang dicabar. Pergilah mamak tu, pergi, jangan balik-balik dah.

Hanya suami gila atau suami yang mengila sahaja yang akan terus mencapai kunci kenderaan dan terus meninggaklan rumah setelah disumbat dengan nada-nada yang sebegitu.

Wanita-wanita sebegini mempercayai mereka dikurniakan tiap seorang satu rantai setelah bergelar isteri bagi merantai kaki suami mereka. Lupakan mamak, lupakan aktiviti malam , lupakan futsal, selepas awak menjadi isteri saya.

Apakah dosa segelas teh tarik mamak. Mungkin boleh di soal semula berlainan sudut, yang lebih kurang begini bunyiknya. “apa keghairahan yang terbubuh di dalam teh tarik mamak”? yang menyebabkan suami perlu dijanakan dengan paling kurang segelas setiap sehari.
Related Posts with Thumbnails