Saturday, June 20, 2009

Satu Tahun Lagi



Sedang ligat memancu belalang tempur di lebuhraya persekutuan menuju subang jaya.
lorong motor agak lenggang, petang di malam minggu.
pengukur kelajuan sekitar 80 km/j (laju kah tu?..)


keluar jalan lencongan bagi menuju parade cawangan subang.
beberapa bahagian di kawasan mesin niaga masih berlekak lekuk.
tak sesuai untuk melayan selekoh, walau tayar sudah diganti baru.
rm 78. tp brader tuh kasi rm 73. beliau yang bagi. (terima kasih abang lindungan moto)


fifi di bahu jalan berdekatan stesen komuter,
gigih menunggu saya, yang sering terlambat.
dari jauh sempat melambai ke arah fifi tanda "jenuh menuggul dah nak hilang"
sebelum berterbasan mencicit tapak kaki ke arah fifi, letak belalang tempat ini dahulu.


berjabat tangan dengan fifi
masuk ke dalam kereta mengenakan tali pingang kereta setelah menghidupkan enjin.
kereta kakak fifi yang "ngoperate perut kapal terbang"
sering menolak pelawaan kami untuk berkenalan dengan rakan-rakan peramugarinya.


fifi, bukan nama sebenar, fifi ini pangilan manja kepada beliau oleh beliau punya "ehem".
kepada anda-anda, kalau nama pangilan masing-masing agak pelik, jangan terbocor di kantoi ya.
nanti jenuh buat modal kawan mengusik


menghulurkan cakera padat kepada fifi yang mengambil sekaligus membelek kehairanan.
mujur kereta kakak fifi dilengkapi dengan pemain cakera keras.
berkumandang lagu-lagu kawin. yang dinyanyikan semula oleh penyanyi lain.


fifi, setahun lagi.
ini cakera keras buat ampuhkan rasa membara. ahahaha
setahun lagi kau akan menyunting bunga.

berjalan kaki arah titian
anak puyuh mencari makan
andainya hari sudah berkenan
usah tangguh buat lamaran

jangan mata keranjang
bila sudah berkasih
jagalah hati si dia
kalau sudah merajuk
engkau yang serba salah
apa kau buat tak kena

black dog bone- joget sindir besan

Thursday, June 18, 2009

SELAMAT HARI AYAH




entri ini tajuk ini mungkin sudah klise, tetapi mungkin perlu dikongsi.
kerana beberapa hari ia membuak-buak.
sering berlegar-legar.

hari ayah,
sama ada bapa, ayah, abuya, ayahndya, atau apa-apa sahaja pangilan.
itulah beliau.
(seperti mana semua orang sudah tahu inti tajuk ini)

setelah kejadian ini berlaku.
ada perkara yang merubah tanggapan saya.

sekitar beberapa tahun lepas
semasa masih belajar di shah alam
jumaat malam saya pulang berhari minggu di rumah keluarga,
bersama baju seminggu telah guna untuk di cuci.
dan melepak dengan kawan-kawan (rakan sesekolah).

pada hari jumaat petang lepas pulang dari kelas,
di bawah rumah flat kawasan meletak motosikal
rumah sewa kami.
saya memeriksa eksos kerana padanya mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

lalu kawasan siku saya terkena eksos yang masih panas, mujur tidak bersentuh lama dengan eksos. cepat-cepat saya lumur dengan air liur, (seperti terkena minyak panas)
**(air liur juga biasa disapu selepas bangun dari tidur ketika mula terasa sakit akibat tersalah bantal)



hasilnya. cetakan tiga segi separa gelap..

hari jumaat malam.
semasa menonton tivi, bercakap dengan ayah beberapa perkataan.
sambil tangan berayun menambah kesan plot penceritaan
lalu ditegur ayah tentang cetakan di siku saya.
tidak seperti emak. langsung tidak perasan dengan siku saya.
yang sebelumnya juga ada bercakap sengan emak dengan gaya yang lebih kurang sama.
mungkin ketika itu emak keletihan dan kurang tajam pengamatanya.

saya terus kagum.
seperti sebelum ini saya sering anggap.
apa-apa pun emak yang mula-mula.
ayah kurang perihatin.

hal inilah yang merubahan tanggapan saya.
dan hal ini saya kongsi kali pertama selepas menonton filemCJ7 di summit subang
dengan kawan saya.

sambil berjalan keluar di lorong kecil laluan pawagam selepas menonton
kami berkongsi keterujaan filem tersebut. lalu saya terus menalifon ayah.
seperti biasa ayah masih di ofis.
cukup sekadar mendengar suara dan keadaan.

begitu kesan filem CJ7 yang bertemakan kasih sayang ayah kepada anak.

ya, mungkin ayah kurang menunjukkan kasih sayang pada perbuatan atau kata-kata,
kerana ayah sering kontrol macho.

kepada mereka yang tinggal berasingan atau tingal di asrama.
hari khamis atau jumaat, ayah sering bertanya kepada emak.
"si akim(bukan name sebenar) tak balik ke minggu ni"
pertanyaan yang cukup perihatin sambil mengawal macho.

dapat tengok anak seminggu sekali sudah cukup melegakan beliau.

hati saya tersentuh juga semasa menonton filem cinta,
watak yang di lakonkan dato Rahim Razali.
mujur ada bucu-bucu gelap bagi mengalih pandangan.
dapat menahan air mata yang sedang. berkaca. "haih~"

beberapa minggu lalu saya dikongsikan dengan pengalaman teman rapat ketika beliau pertamakalinya menyambut anak sulung beliau.
wah, begitu teruja sekali. pengalaman melihat jenuh isteri melahirkan.
beliau kini sudah ayah. tahniah yah~

sempena hari ayah, saya mampu mengucapkan "selamat hari ayah" di sini sahaja juga di
dalam hati. kerana abah kepada ayah saya telah tiada.

saya takut apabila mengingatkan ayah tentang hari bapa.
ayah tidak akan meminta apa yang perlu diperolehi sebagai ayah.
sebaliknya ayah akan apa mengimbas yang akan diberi kepada abahnya yang sudah tiada.
saya beruntung masih lagi berbeliau.


Related Posts with Thumbnails