Tuesday, November 25, 2008

Selepas Ini

Sempena musim ‘kawen-kawen’ ni, aku pilih yang meletup untuk dikongsi dengan hgpa semua. Setuju atau tidak, ini artikel pensyarah muda tu..

- Anda bermadu dengan kereta / motornya.

- Dia seorang sports freak. Selepas kahwin, dia masih seorang sports freak; di depan televiyen.

- Kerana dia seorang sports freak, perutnya six-packed; ‘berpetak enam’. Selepas kahwin, perutnya berbonjol enam.

- Dia simpati bercampur takut mengenangkan anda harus lalui proses bersalin Tetapi selepas beranak satu, jadual bersalin anda sama padat dengan tempahan konsert Mawi .

- Sampai bila pun lelaki tak akan faham bahawa setiap wanita adalah Imelda Marcos dalam skala kecil.

- Keretanya berhabuk secuit, dia akan mandikan dengan penuh kasih mesra. Bilik air berkulat? Tahun depan pun boleh basuh…

- Baby, Darling dan Honey berganti dengan ‘’Woi’’ , ‘’Hmm…’’ dan ‘’Haa, maknya?’’.

- Berjaga malam untuk tengok bola tidaklah memenatkan seperti kena tukar lampin anak.

- Hanya waktu bersanding dia akan berbaju sedondon dengan anda. Selepas itu, kalau ada persamaan sikit pun dia akan berjalan jauh-jauh. Takut ada tauke ekspo minta main boria agaknya.

- Bertahun-tahun dia berdikari sebagai orang bujang dan bangga dengan hakikat itu. Selepas kahwin, ‘seluar kecil’nya anda basuh dan dia bangga dengan hakikat itu.

- Letaklah meriam di sebelah telinganya, dia tetap akan melingkar di katil. Tetapi cuba beritahu yang kawannya datang nak ajak tengok bola / memancing, dia akan bangkit segar-bugar.

- Jangan suruh dia buang sampah bila dia sedang menonton siaran langsung Formula One.

- Anda minta sedikit dana untuk ‘pengstrukturan semula’ badan anda di jimnasium. Dia suruh anda lari sahaja keliling rumah sambil menjunjung batu giling.

- Setiapkali melalui kedai emas / kedai beg tangan dengan anda, tiba-tiba dia ternampak ‘toyol dan hantu bungkus’. Sebaliknya, ada ‘bidadari’ melambai-lambai dari kedai gadget kegemarannya.

- Walau setinggi mana sayang dan hormatnya dia kepada ibu bapa anda, jangan sesekali bingkaikan potret mereka sebesar-besar alam dan letak pula di tepi katil.

- Dia mencintai dan menerima anda seadanya. (Tetapi Angelina Jolie tetap wanita paling gorgeous di dunia).




pesan aku: kanda kassim baba, dinda mahu pinjam satu gantang wang emas :)

1 comments:

Anonymous said...

mcm seronok je kawen ni, boleh saling mengoda-goda..

yeeha~~ ~

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails