Thursday, June 18, 2009

SELAMAT HARI AYAH




entri ini tajuk ini mungkin sudah klise, tetapi mungkin perlu dikongsi.
kerana beberapa hari ia membuak-buak.
sering berlegar-legar.

hari ayah,
sama ada bapa, ayah, abuya, ayahndya, atau apa-apa sahaja pangilan.
itulah beliau.
(seperti mana semua orang sudah tahu inti tajuk ini)

setelah kejadian ini berlaku.
ada perkara yang merubah tanggapan saya.

sekitar beberapa tahun lepas
semasa masih belajar di shah alam
jumaat malam saya pulang berhari minggu di rumah keluarga,
bersama baju seminggu telah guna untuk di cuci.
dan melepak dengan kawan-kawan (rakan sesekolah).

pada hari jumaat petang lepas pulang dari kelas,
di bawah rumah flat kawasan meletak motosikal
rumah sewa kami.
saya memeriksa eksos kerana padanya mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

lalu kawasan siku saya terkena eksos yang masih panas, mujur tidak bersentuh lama dengan eksos. cepat-cepat saya lumur dengan air liur, (seperti terkena minyak panas)
**(air liur juga biasa disapu selepas bangun dari tidur ketika mula terasa sakit akibat tersalah bantal)



hasilnya. cetakan tiga segi separa gelap..

hari jumaat malam.
semasa menonton tivi, bercakap dengan ayah beberapa perkataan.
sambil tangan berayun menambah kesan plot penceritaan
lalu ditegur ayah tentang cetakan di siku saya.
tidak seperti emak. langsung tidak perasan dengan siku saya.
yang sebelumnya juga ada bercakap sengan emak dengan gaya yang lebih kurang sama.
mungkin ketika itu emak keletihan dan kurang tajam pengamatanya.

saya terus kagum.
seperti sebelum ini saya sering anggap.
apa-apa pun emak yang mula-mula.
ayah kurang perihatin.

hal inilah yang merubahan tanggapan saya.
dan hal ini saya kongsi kali pertama selepas menonton filemCJ7 di summit subang
dengan kawan saya.

sambil berjalan keluar di lorong kecil laluan pawagam selepas menonton
kami berkongsi keterujaan filem tersebut. lalu saya terus menalifon ayah.
seperti biasa ayah masih di ofis.
cukup sekadar mendengar suara dan keadaan.

begitu kesan filem CJ7 yang bertemakan kasih sayang ayah kepada anak.

ya, mungkin ayah kurang menunjukkan kasih sayang pada perbuatan atau kata-kata,
kerana ayah sering kontrol macho.

kepada mereka yang tinggal berasingan atau tingal di asrama.
hari khamis atau jumaat, ayah sering bertanya kepada emak.
"si akim(bukan name sebenar) tak balik ke minggu ni"
pertanyaan yang cukup perihatin sambil mengawal macho.

dapat tengok anak seminggu sekali sudah cukup melegakan beliau.

hati saya tersentuh juga semasa menonton filem cinta,
watak yang di lakonkan dato Rahim Razali.
mujur ada bucu-bucu gelap bagi mengalih pandangan.
dapat menahan air mata yang sedang. berkaca. "haih~"

beberapa minggu lalu saya dikongsikan dengan pengalaman teman rapat ketika beliau pertamakalinya menyambut anak sulung beliau.
wah, begitu teruja sekali. pengalaman melihat jenuh isteri melahirkan.
beliau kini sudah ayah. tahniah yah~

sempena hari ayah, saya mampu mengucapkan "selamat hari ayah" di sini sahaja juga di
dalam hati. kerana abah kepada ayah saya telah tiada.

saya takut apabila mengingatkan ayah tentang hari bapa.
ayah tidak akan meminta apa yang perlu diperolehi sebagai ayah.
sebaliknya ayah akan apa mengimbas yang akan diberi kepada abahnya yang sudah tiada.
saya beruntung masih lagi berbeliau.


2 comments:

speckurosaklagi said...

cj7 mmg citer menyentuh perasaan..

Dearie Pearls said...

berkaca-kaca pulak mata pepagi nie..

miss dad..

happy father's day..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails