Thursday, February 18, 2010

jahanam jumaat malam

malam jumaat

di dalam keadaan kusut
terlayang pesanan ringkas
jemputan berlepak santai.

enak
terbayang hilai tawa
jenaka teman-teman semeja

asyik
dingin rasa hawa malam
gerai beratap bintang

merdu
char kuew tiaw sepinggan dua
kopi ais bersulam gusti atau filem dari CD-CD.

yang memasai boleh lerai
yang bertegang boleh renggang
yang terpanas boleh dingin
yang seberbeban boleh tipis

enak, asyik, merdu...

meja dipilih, yang hujung-hujung
tersorok dari bising-bising
mujur punyai ruang ini
harapan malam ini lebih enak, asyik
dan lebih merdu..

yang lain belum sampai...
sementara itu
melayan rancangan khas malam jumaat
malam pengasah ilmu halus-halus
make-up -make up hodoh untuk mengerikan
bukanlah berani sangat
dan demi itu pandangan di hala ke tempat lain,

pesanan ringkas
terlayang lagi,
majlis santai kali ini batal
salah seorang telahmenghempas kuat kantung
pecah!!

kerana itu tiada lagi keberanian untuk keluar pada malam ini
setelah terjebak denga make-up hodoh.

WOW
aku yang kian mengeras di sini
dibegitu kan aku sahaja di sini


aku tak pandai menjaga kantung
hingga beliau-beliau terhempas
sekarang, kantung hanya kantung
tiada berbondong-bondong....


....weh! pegi jahanamlah sama kantung kosong engkau tu....


2 comments:

Jef Hadi said...

huhu.kalau aku kena macam ni.siaplah!

situkanghambar said...

hahaha, sadis bukan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails