Tuesday, May 25, 2010

tilik2 hujung bulan


seperti biasa cuaca tak menentu.
sekali petik hujan bertabur menderu.
sekali pancis panas mendengung.



bukan tekanan daripada cuaca sahaja yang anda perlu hadap. anda pekerja swasta. gaji tak menentu, tambahan bulan ini 31 nya jatuh pada hari isnin. berikutan itu ini minggu yang getir.

tetapi baik untuk anda, sila kurangkan makan yang baik bukan sahaja dari segi saku, malahan sekali harung untuk kurangkan makan yang berminyak. berjimat dari minum air berkorbonat atau air bancuhan yang lain-lain, bukan sahaja mahal mencekik jerut darah tetapi permurah dengan gula. ini tidak baik untuk tekak.

sila elakan untuk minggu ini, kalau boleh. dan untuk bulan-bulan lain jika perlu. jika tidak anda akan jatuh sakit dari segi kesihatan kerana mengambil makanan yang menyebabkan anda demam dan sakit tekak.

dan juga anda jatuh sakit dari segi saku kerana berbelanja tidak tentu hala, tambahan pula bayaran ke klinik yang anda perlu tanggung sendiri [tak boleh claim daripada syarikat].


dan jika anda jatuh saket selama beberapa hari hingga hari sabtu ini, anda tidak akan dapat melakukan kerja-kerja part time anda.

sekian, itu sahaja.



**semoga dapat bertahan

2 comments:

Al Betsy said...

Bertahan..^_^

situkanghambar said...

yah, bertahan!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails