Monday, August 2, 2010

jangan benci benci



saya sering tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan beliau benci kepadanya. beliau ini dirujuk kepada kerani di pejabat beliau. Iya di tempat kerja beliau. Lalu satu demi satubeliau menghelai hurai.

saya semakin faham pada marahnya, semakin beliau cuba berlembut semakin terpelanting keras kesabaranya. sebagai seorang pekerja yang diberikan tugasan perlu melakukan sebaik mungkin. jika tidak fasih perlu bertanya kepada orang lain agar kerja dapat dijalankan selicinya.

bantu. memang bantuan akan sentiasa datang dari rakan sepejabat, tetapi bukan bantuan yang sama yang akan berderetan datang. ini tidak sama sekali akan berlaku. kerana rakan pejabat yang lain juga punya agenda kerja yang perlu disiapkan.

jadi, bantuan yang mendatang perlu dihargai dengan cara belajar untuk cuba melaksanakan agar dilain bukan bantuan yang sama diharapkan datang.

belajar, belajarlah benda baru. termasuklah di dalam melaksanakan tugasan di pejabat. bukan menyerahkan kepada rakan pejabat yang lain.




baik, seandainya perkara ini perlu diserahkankan kepada rakan sepejabat, hargailah. kerana anda akan mempunyai lebih masa untuk goyang kaki, FB dan bermain permainan komputer dan begitu sebaliknya kepada rakan pejabat anda.

jadi anda perlu hargai kerana anda tidak perlu memerah otak untuk belajar benda baru, tetapi perlu beri tumpuan bermain dan belajar permainan komputer yang baru di tempat kerja. seronok bukan? dari itu anda perlu hargai pertolongan rakan sepejabat anda, paling kurang pon belajarlah untuk membelanja kawan anda makan, atau minum petang.

atau paling tidak pun tolaklah pancingan belanja makan rakan sepejabat anda dengan cara yang baik. tidak perlulah mengingatkan rakan sepejabat anda sekiranya pertolongan ini diberi, bererti rakan sepejabat anda telah menolong syarikat. dan di sini adakah anda bersedia mengorbankan masa bermain permainan komputer anda d pejat dengan menolong rakan sepejabat anda pula kerana sekiranya anda membantu, bermakna anda terlah menolong syarikat. titapi ini tidak terjadi, kerana anda perlu mempelajari dan menanalisis permainan video serta selok-belok halaman sesawang sosial.

ataupun sekiranya anda penat akibat bermain fb dan permainan video yang serba semakin mencabar, anda mintalah pertolongan rakan sepejabat anda dengan cara yang paling terhormat.

ia, hal ini terjadi berkali-kali terhadap beliau dan rakan sepejabatnya. apakah yang akan kalian lalukan sekiranya kalian di tempat beliau?





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails