Thursday, August 5, 2010

jumaat+nasi beriyani+masjid

ini merupakan kisah benar yang terjadi pada aku, yela selalunya aku tak tulis benda-benda yang aku lalui sendiri. tapi ini barang aku rase aku perlu kongsi kepada kawan-kawan supaya lebih berhati-hati.



apabila menyebut tentang hati-hati, maksudnya ini hal adalah berkaitan dengan "terkena". ceritanya bermula macam ni, hari jumaat lepas seperti biasa aku dan rakan-rakan sepejabat ke masjid bangi, (masjid utama) . aku memamng suka pergi situ, sebab besar dan selesa senang carik 'port '. tempat wuduk pon banyak. dan selalu aku pergi sana misti dapat tempat, tak payah 'buat keje' kt kaki lima, tangga dan lain-lain.

oleh kerana kereta yang aku tumpangi itu telah tersasar simpang dengan masjid, lalu kereta tersebuat diletakan di pintu masjid yang lagi satu. sebab malas nak pusing , waktu tuh pon memang sedang sesak. jadi selepas kereta diletakan di bahu jalan, aku dan rakan-rakan menyusur dan masuk ke pintu tepi masjid. kami melalui gerai nasi beriyani.

salah seorang kawan aku mencadangkan untuk makan terlebih dahulu sebelum masuk masjid, "kita bedal nasi beriyani dulu la" katanya. aku agakkurang bersetuju pada awalnya sebab takut termengah-mengah lak waktu sembahyang nanti. tapi, takpa la. sebat jelah.





selepas aku mengambil nasi aku ke periuk-periuk lauk. aku amik kuah apa aku tak ingat tapi ada ayam. ayam yang besar. dan aku ambil ait oren bancuh. iya, tiga benda je. iaitu , nasi + ayam kuah + oren bancuh.

lepas tuh aku ke tempat bayaran yang setempat dengan air tadi. RM10!! . mak ai, mahal gila. tapi takpa, aku cari-cari kerusi kosong untuk makan, sedang makan nasi yang boleh - boleh la tu, aku cuba pulak ayam dia, mak ai! liat nya,macam mane aku nak kutil-kutil ayam ni, karang terbalik lak pinggan ngan meja ni, sikit punya liat, bila aku teringat balik harga yang aku bayar untuk hidangan ini tadi, hati aku bengkak. masa tuh azan pertama dah mula. lagi la aku terkujat-kujat menelan.

lepas tuh aku tengok sekeliling, tempat basuh tangan, pergh...baldi yang main cedok- je, dan ada juga bekas air pelastik yang ada paip tu.

hati aku lagi bengkak, harga mahal, ayam liat, ngan tempat tak terurus, dengan meja kayu takda lapik. dengantempat basuh tangan yang macam tu. aku rasa kalau makan nasi beriyani di kedai mamak boleh dapat banyak lauk dengan RM10 tu serta tempat makan yang selesa.

jadi, kawan-kawan yang lain berhati-hatilah. tak semistinya di masjid gerai-gerai tu bagus, kenahati-hati juga. oh ya, lagi satu, gerai tu tak memaparkan tanda harga. memang kene hati-hati.

bila aku ingat-ingat balik. hati aku bengkak lagi. oh ya! pasal air oren bancuh tu. huh!! toksah tanya la..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails