Tuesday, September 2, 2008

Buat Apa Tu Bang?

Aktiviti meniup 'bendalah' (disebut didgeridoo) ini sering menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia. Macam-macam kerenah, perangai dan cara. Pernah diherdik dan dicaci dan pernah juga dipuja dan dirai. Jalanan di kota metropolis ini menyekolahkan aku dan secara tidak langsung menunjukkan aku erti sebenar sebuah kehidupan. Jaringan handai taulan juga bertambah. Dari sini aku mengenali rakan-rakan baru. Kami berjumpa hanya kerana minat pada sebatang kayu. (Ada apa dengan kayu?)

Suatu ketika aku pernah meniup di kawasan Uptown (yang lama). Tempat yang sememangnya meriah dengan abang-abang si penjual pelbagai barangan, gadis-gadis yang baru pulang dari 'Orange' yang memakai thong, anak-anak universiti yang 'overnight' bersama rakan/kekasih hati dan sebagainya. Seringkali juga aku melihat mereka memandang penuh kehairanan dan secara tiba-tibanya bersikap aneh. Sungguh tidak world minda mereka-mereka itu. 'Kampungan amat' - memetik kata-kata seorang amah tua warga Indonesia. Aku tinggalkan Uptown dengan pengungjung-pengunjungannya yang 'kampungan amat' itu. Tidak ada langsung aprisiasi atas lolongan batang kayu ini.

Satu hari di 'rumah bandar' aku, sebuah kawasan pinggir bandar (jika pun boleh digelar sebagai bandar) nun jauh di utara seorang Pakcik Berkopiah Putih menegur aku tatkala melintasi aku dan melihat aku disisi batang kayu tersebut. " Ini yang orang Australia main kan?". Aku angguk sambil tersenyum. Pakcik Berkopiah Putih itu terus berlalu menuju ke arah lorinya sambil menghisap rokok daun berperisa tembakau Jawa. World betul la pakcik.

2 comments:

Anonymous said...

aku rasa pakcik tu terlalu world berbeda dgn muda-mudi sekarang

Lelaki Bersut said...

memang pun..world dari Mawi rasanya pakcik tuh.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails